Umno Semakin Kecut Telor

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Ceramah Mazlan Aliman dan Mahfuz Omar malam tadi (14/1) di rumah Pak Kob Felda Chuping Perlis berjalan dgn sangat baik dan harmoni. Terima kasih kepada semua pihak yg terlibat.

2. Walaupun ada satu dua sepanduk provokatif seperti "Mazlan dan Mahfuz penipu akhir zaman", dan gangguan oleh satu penganjuran acara seolah-olah ceramah di satu lokasi lain di situ, majlis malam tadi berjalan lancar.


3. Mazlan mendedahkan mengenai peranan Najib melingkupkan felda dan mengemukakan tiga tawaran PH untuk warga felda jika PH diberi mandat ke Putrajaya.

4. Mahfuz pula menekankan pentingnya perubahan politik dan memberi penjelasan mengenai tindakannya keluar Pas dan mengapa Pas tidak boleh diundi lagi dlm PRU akan datang.

5. Berbeza dgn situasi yg berlaku di Felda Mata Ayer pada petang kelmarin. Pengerusi JKKK dan seorang pemuda yg memakai baju Majlis Belia Felda menghalang kami utk masuk ke situ utk acara minum teh.

6. Alasannya menjaga perpaduan masyarakat. Semasa saya beredar, ada seorang peneroka menghampiri saya dan berbisik, "Jangan putus asa bang, datang lagi, kami sokong".

7. Kesian kpd warg Felda Mata Ayer yg memiliki pemimpin spt pemimpin Umno yg menghalang kami masuk ke situ kerana mereka dihalang drpd mendapat maklumat tentang hak mereka yg dirompak oleh Najib.

8. Saya yakin, ketakutan BN kpd kesedaran warga felda tentang pemimpin BN yg bertindak seperti along ke atas mereka sudah semakin memuncak. Warga felda sudah bersedia utk melakukan perubahan.

9. Menurut Mazlan, hampir semua felda yg dijelajahinya kini tidak seperti dahulu lagi. Pemimpin Umno felda yg dulunya menghalang kunjungannya kini mengalu-alukan kunjungannya pula.

10. Kepada warga felda di Perlis, jangan bimbang, sebulan drpd sekarang kami akan bawakan Tun M mengunjungi felda di Perlis. Ketika itu, bertambah kecutlah telor pemimpin Umno dan parti pemberi oksigen kpd Umno.

11. Tuuuunnnggguuuuu...!
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan