PRU ke-14 sangat luar biasa

Oleh A. SHUKUR HARUN

Boleh digambarkan bagaimana riuh rendahnya Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, ketika memikirkan kira-kira tiga bulan lagi PRU itu akan diadakan.

Demikian gamatnya dengan pelbagai spekulasi mengenainya dari pelbagai pihak.

Ianya bukan saja dari institusi kajian yang rasmi, tetapi juga daripada pengamat politik dari kampus, media sosial, media biasa, pemerhati politik di kalangan orang awam dan aktiivis parti politik sendiri.
Ini menunjukkan PRU akan datang memang luar biasa dan memanglah ia wajar disebut ‘Ibu segala Pilihan Raya’.

Di mana ia akan menentukan sejauh mana kemelut yang dihadapi negara sekarang ini akan berakhir ataupun kekal seperti sekarang, bahkan akan lebih parah lagi.

Rakyat umumnya sangat mengarapkan perubahan, terutama kedudukan ekonomi yang parah sekarang ini dengan harga barangan yang terus meningkat, pengangguran yang bertambah di kalangan belia, cukai GST yang sangat membebankan.

Ada pembuat keranda (mengambil upah) mengeluh kerana harga papan dan beluti untuk bahan membuat keranda sudah meningkat harganya kerana lori yang membawa papan dan beluti mengenangkan bayaran pengangkutan yang tinggi kerana harga minyak naik dan upah pembawa lori juga naik.

Oleh itu harga keranda pun naik. Ini sangat membebankan keluarga simati. Pendeknya semua sektor kehidupan merasai kenaikan harga barangan.

Kemelut ekonomi memang sangat parah dirasakan oleh semua rakyat. Tidak ada yang tidak terasa, bahkan dikalangan penyokong parti yang memerintah juga turut terasa beban kehidupan yang semakin berat ini, namun mereka terpaksa membisukan diri.

Pendeknya, rakyat melihat PRU yang akan datang ini sangat penting, Kerana ia akan menentukan kemelutan ekonomi yang ada sekarang ini akan berakhir atau tidak.

Kerana itu rakyat memerhatikan dengan cemas sama ada akan berlaku perubahan atau tidak.

Di sinilah mereka melihat, berfikir, malah, bertanya adakah gabungan mega pmbangkang – Pakatan Harapan – mampu untuk membawa perubahan jika mereka menang dalam PRU akan datang ini.

Rakyat sedang meneliti ikrar Pakatan Harapan jika memenangi PRU kali ini di mana PH sudahpun berikrar untuk memulihkan kedudukan ekonomi negara yang parah sekarang ini,

Kini kepimpinan Pakatan Harapan bermesyuart hampir setiap hari untuk mengemaskini gerakan kempen dan mengatur strategi untuk menghadapi PRU akan datang ini yang dilihat sangat besar cabarannya.

Malah pimpinan Pakatan Harapan sudah mengatur program siri kedua, menjelajah seluruh negara, untuk menerangkan usaha Pakatan Harapan untuk memulihkan ekonomi negara, memulihkan imej negara, jika ia memenangi PRU ke-14 nanti.

Oleh itu, PRU kali ini memang sangat luar biasa dan menarik perhatian rakyat untuk menghasilkan suatu perubaahan. Di samping itu, sungguh menarik kerana ramainya calon yang akan bertanding serta kempen yang tentunya hangat dan berwarna warni.

Diberitakan pertandingan mungkin lebih dari tiga penjuru, kerana pelbagai pihak mahu menguji nasib. Umno/BN sudah tentu dengan komponannya,sementara Pakatan Harapan dengan komponannya – PKR, DAP, AMANAH dan PPBM. Belum lagi calon dari Pas dan sekutunya, serta calon Bebas.

Yang menariknya, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan muncul kembali untuk memberikan tekanan dan pengaruh, terutama terhadap pengundi Melayu. Ia akan mengetuai keempen Pakatan Harapan di mana beliau menjadi pengerusinyan.

Kemunginan besar beliau akan bertanding di salah satu kawasan Parlimen. Mungkin di negeri utara, bersama anaknya, Mukhriz.

Antara tokoh besar Pakatan Harapan yang akan menjadi tumpuan ialah Mohamad Sabu, Tan Sri Muhyidin Yassin, Salahudin Ayub, Azmin Ali, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Datuk Seri Dr. Wan Aziza, Nuruh Izzah Anwar dan beberapa tokoh lain.
Memang PRU kali ini sangat luar biasa.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan