Hanya Husam boleh masuk Wisma Tok Guru tak masuk akal, kata Hanipa

Tindakan meletakkan papan tanda bertulis “dilarang masuk tanpa kebenaran kecuali Husam bin Musa (dicatat nombor kad pengenalan) oleh tuan tanah di hadapan Wisma Tok Guru dianggap tidak masuk akal.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin ketika menyampaikan ceramah di situ malam semalam berkata, tidak mengapalah hanya benarkan YB Husam sahaja boleh masuk.

“Ini kerana tidak pula ditulis pada ‘signboard’ itu yang YB Husam tak boleh bawa tetamu dia masuk,” katanya.

Beliau cukup kesal dengan sikap Pas yang disebutnya “parti suci” mengamalkan sikap ‘double standard’.

“Bagi mereka apa yang mereka buat halal, apa yang AMANAH buat tak halal.

“Masa mereka buat program mereka di dalam tanah dan bangunan tu, tak dengar pulak yang mereka ada minta izin dengan YB Husam.

“Ada dua hukum yang berlainan ke?

“Apa pun hebatnya taraf orang-orang suci ni.

I am impressed,” katanya.

Datuk Husam katanya adalah Adun dan pemimpin AMANAH dan di tanah tu ada pejabat Adun miliknya.

“Tak masuk akal lah hanya YB Husam je akan masuk dalam tanah tu.
“Ibarat macam kita ajak orang datang rumah makan nasi.
“Takkanlah kita jamu nasi kosong je.

“Mesti ada lauk pauk, minuman dan buah-buahan pencuci mulut walaupun kita tak sebut yang lain kecuali nasi,” katanya.

Menurutnya status tuan tanah itu pun kini sedang dipertikaikan kerana ada kes belum selesai di mahkamah sivil dan syariah.

“Tanah itu jadi sebahagian daripada tuntutan faraid daripada para waris Almarhum Datuk Rusli.
“Jadi, patut dalam signboard tu dia kena tulis juga “arahan tuan tanah yang dipertikaikan”.
“Baru kena dan tepat,” katanya.

“Lebih pelik kata beliau yang dikatakan tuan tanah itu beli tanah dengan harga RM 700 ribu.
“Memang hebat seorang yang berjawatan setiausaha kerja parti ada wang sebanyak itu.

“Kena ingat bangunan dalam tanah itu dia tak pernah bina sesen pun.

“Bangunan itu milik sepenuhnya Datuk Husam, dibina dengan keizinan tuan tanah yang terdahulu,” katanya.

Malam semalam majlis kesyukuran anjuran Pakatan Harapan (PH) Kelantan disambut meriah dengan kehadiran ribuan pendengar.

Jamuan rakyat yang bermula selepas solat Jumaat tamat dalam masa satu jam sahaja kerana diserbu begitu ramai penyokong.

Pada sebelah pagi Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi cuba menghalang program berjalan kerana beliau berkata tiada orang lain boleh masuk ke situ kecuali Datuk Husam Musa.

Majlis yang diatur sepanjang hari itu bagaimana pun berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan