Bekas pimpinan Pemuda Umno seru warga Felda undi PH

Warga Felda yang sebelum ini dikenali banyak memberi kemenangan kepada Umno-BN diseru supaya bangkit melakukan perubahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bekas pimpinan Umno di Parlimen Tampin selama 18 tahun, Azman Abdullah  berkata, perubahan tersebut penting bagi mengelak rakyat menanggung lebih banyak masalah berkaitan kenaikan melambung kos sara hidup.

Menurut Ketua Cawangan Bersatu Dun Gemas yang ditubuhkan sejak akhir tahun lalu itu, Umno yang pada masa ini dikepalai Datuk Seri Mohad Najib Razak sudah tidak relevan lagi kepada rakyat.

“Di Jelai, ini kubu Umno. 70 peratus pengundinya daripada Umno. Mohon makcik-pakcik, pimpinan Umno bahawa kita perlu membuat suatu perubahan kerana parti Umno tidak relevan lagi untuk memperjuangkan rakyat.

“Jika kasih dan sayangkan Umno, maka kita perlu mengundi Pakatan Harapan pada PRU-14 ini. Percayalah, kalau kita masih mengundi BN masa akan datang, 6 peratus (kadar cukai GST) akan meningkat.

“(Kerajaan) sudah tiada sumber lagi maka (pendapatan) diambil daripada rakyat sendiri melalui kenaikan GST,” jelasnya dalam ceramah umum anjuran AMANAH Tampin di Felda Jelai 4, Gemas, semalam.

Untuk rekod, Felda Jelai di Gemas terletak dalam Parlimen Tampin yang kemudiannya baru-baru ini diagih kepada AMANAH untuk ditandingi pada PRU-14 selain Jelebu.

Sementara itu, PPBM diperuntukkan kerusi Kuala Pilah dan Jempol manakala PKR mendapat Parlimen Teluk Kemang dan Rembau. Dua kawasan lagi iaitu Seremban dan Rasah akan ditandingi DAP.

Pada PRU-13, Tampin dimenangi BN apabila menewaskan Pas dengan majoriti 11,162 undi selain turut menawan Jelebu dengan majoriti 7,101 undi.

Azman, 45, turut menyifatkan Najib hanya menggunakan Umno untuk menyelamatkan kedudukan diri sendiri dengan mengimbas reaksi penolakan Umno akar umbi terhadap suami Datin Seri Rosmah Mansor itu sejak tiga tahun lalu.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan