DAP masih tunggu laporan audit pemilihan semula CEC

PETALING JAYA: Lim Guan Eng berkata, DAP masih menunggu laporan rasmi firma audit bebas, Grant Thornton mengenai pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan 12 November lalu.

Penjelasan setiausaha agung DAP itu susulan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Surayati Ibrahim semalam yang parti itu belum menyerahkan laporan pemilihan semula CEC itu.

“DAP mempunyai 60 hari untuk menyerahkan laporan kepada JPPM dan kita masih menunggu laporan daripada Grant Thornton kerana mereka diarahkan JPPM untuk menjalankan pemilihan semula itu,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mendedahkan Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh menolak pelantikan dalam CEC.
  “Hannah Yeoh yang juga speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, dilantik menganggotai CEC pada mesyuarat pertama 12 November 2017, tetapi sejak itu beliau menolak pelantikan itu.

“Hasilnya, CEC dalam mesyuarat berikutnya pada 15 November melantik Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan Adun Perai, P Ramasamy sebagai ahli biasa CEC.”

Katanya, CEC turut mengesahkan semula kedudukan Dr Chen Man Hin sebagai penasihat seumur hidup parti dan Anthony Loke sebagai pegawai awam DAP.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan