Annuar musa ini 'pot tin' kosong saja!


Annuar musa ini 'pot tin' kosong saja!! Dia buat kenyataan kononnya ramai pemimpin-pemimpin PH akan sertai umno secara berfasa-fasa adalah kerana untuk menutup malu insiden pada hari ahad yang lepas di pwtc!!

Insiden keseluruhan pemimpin-pemimpin tertinggi umno diperbodohkan oleh tan sri muhd taib cukup mengaibkan!!

Najib tun razak telah mengarahkan semua ahli-ahli majlis tertinggi umno menghadiri sidang akhbar khas pada hari ahad di pwtc yang berakhir dengan pengumuman hanya tan sri muhd taib sebatang kara saja balik ke pangkuan parti umno yang korup itu!!

Keseluruhan rakyat malaysia merasa geli hati melihat sikap desperado presiden serta parti umno!!
Saya cabar ketua penerangan umno yang 'kurang bersih' itu untuk menamakan keseluruhan senarai pemimpin-pemimpin PH secara serentak dan terbuka untuk tatapan rakyat jelata!!

Annuar musa dan parti umno tak perlu buang masa nak umum senarai tersebut secara berfasa-fasa!! Kalau betul-betul benar tolong umumkan saja siapa pemimpin-pemimpin lain PH yang nak masuk umno?!

Yakinlah bahawa kenyataan annuar musa hanya semata-mata untuk mengalih pandangan keatas kegagalan tan sri muhd taib membawa masuk secara serentak 8 ahli politik lain dari selangor untuk menyertai umno pada sidang akhbar khas tersebut.

Namun, dalam masa yang sama saya nak mengucapkan jutaan penghargaan dan tahniah pada tan sri muhd taib yang telah berjaya memperbodohkan keseluruhan ahli-ahli majlis tertinggi termasuk presiden umno!!

Kita semua dapat melihat dengan jelas betapa tertekannya parti umno pada masa ini sehingga senang diperdayakan oleh pemimpin-pemimpin politik yang sudah tidak relevan seperti tan sri muhd taib!!
Walaupun gagal membawa 8 ahli-ahli politik selangor lain pada majlis sidang akhbar khas tersebut; yang nampak sebagai 'hero' ialah tan sri muhd taib itu sendiri!!

Kepulangan tan sri muhd taib yang sudah 'obselete' itu disambut dalam suasana penuh dengan kebodohan yang disertai oleh keseluruhan anggota majlis tertinggi umno!!
Ikhlas dari;

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan